I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 23, 2010

STRATEGI LAKNATULLAH DALAM MENGGULINGKAN KHILAFAH ISLAMIAH



STRATEGI KEMAL ATARTURK DALAM MENGGULINGKAN KHILAFAH UTHMANIYYAH

“Ikatan Islam akan tertanggal satu persatu. Bermula dengan al-Hukum (pemerintahan) dan berakhir dengan as-Solat”  - (Hadith Riwayat Ahmad)
         1922 (1 Nov) :Kesultanan dimansuhkan
         1923 :Termeterailah Perjanjian Luzan (lausane). Perjanjian itu mewajibkan Turki menerima beberapa syarat yang dikenal dengan nama syarat Karzun (Curzon) yang empat. Karzun adalah ketua delegasi Inggeris dalam pertemuan Luzan. Empat syarat itu:

1. Pemutusan Turki dari semua hal yang berhubungan dengan Islam.
2. Penghapusan Khilafah Islam untuk selama-lamanya.
3. Mengeluarkan Khalifah dan para pendukung Khilafah dan Islam dari Turki serta mengembali harta khalifah.
4. Mengadaptasikan undang-undang sivil sebagai pengganti undang-undang Turki yang lama.
         1923 (29 Oktober) :Republik Turki diisytiharkan dengan Ankara sebagai ibu negara
         1924 (3 Mac) :Khilafah dimansuhkan
         1924 (20 April) :Pengisytiharan pemansuhan undang-undang Syariah, penutupan sekolah Islam dan penguatkuasaan undang-undang ‘sivil’
         1925 (25 Nov) :Gerakan Dervish diharamkan, penguatkuasaan larangan memakai pakaian ‘Islam’
         1925 :Pemakaian kalendar Hijrah dan Othmaniyyah digantikan dengan Gregorian’s
         1926 :Undang-undang kekeluargaan Islam dihapuskan dan digantikan dengan undang-undang adaptasi Eropah. Poligami diharamkan.Hukum sivil drpd Swiss diguna pakai.
         1928 :Penghapusan tulisan Arab dan penggunaan huruf Latin dikuatkuasakan
:Nama Allah dihazafkan dlm sumpah pemerintah2.
         1928 (10 April) :Islam sebagai agama rasmi negara dimansuhkan daripada perlembagaan
         1931-1932 :Masjid Aya Shofia dijadikan museum manakala masjid Al-Fatih dijadikan gudang
         1933 :Azan dan bacaan al-Quran secara terbuka mesti dibuat di dalam Bahasa Turki
         1934 :Wanita diberikan ‘hak mengundi’.Penguatkuasaan ‘surname’. Mustafa Kemal dikurniakan oleh Parlimen gelaran Ataturk (Bapa Turki). Ismet Pasa mengambil nama Inonu
         1934 (3 Disember) :Larangan memakai busana tradisional yg Islamik
         1935 :Cuti umum ditukar kepada Ahad. Penyelenggaraan harta oleh negara diwartakan
         1938 (10 November) :Kematian Laknatullah Alaih krna penyakit hati disebabkan ketagihan alkohol yg melampau2.Kematian yg dinanti2.

 *Gelaran apakah yg selayaknya dberikan kpd manusia ni????
Mustafa Kemal Atatürk atau nama penuh Gazi Mustafa Kemal Pasha dilahirkan pada 12 Mac 1881 & mampus pada 10 November 1938. Nama "Mustafa" bermaksud manusia pilihan manakala "Kemal" bermaksud sempurna. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama.
Beliau membuktikan diri beliau sebagai komander tentera yang berjaya ketika berkhidmat dalam Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia Pertama. Setelah kejatuhan Empayar Uthmaniyyah di tangan Tentara Bersekutu, terdapat rancangan oleh Tentera Bersekutu untuk memecahkan negara Turki. Mustafa Kemal kemudiannya memimpin gerakan nasional Turki dalam apa yang kemudiannya menjadi Perang Kemerdekaan Turki.
Setelah kejayaan dalam Perang Kemerdekaan Turki dan dipilih sebagai Presiden Turki yang pertama, beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar bersesuaian dengan tuntutan semasa yang dikenali sebagai ideologi "Kemalisme". Ideologi ini bertujuan untuk menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 sehingga tahun 1934.
Pada tanggal 26 April 1909 M, Parti Turki Muda yang berkomplot dengan Syaikhul Islam, Mohammad Diauddin Afandi, berhasil memberhentikan Sultan Abdul Hamid II. Sejak saat itu Khilafah Uthmaniyah dikuasai kaum nasionalis Turki.
*Gambar Sultan Abdul Hamid II selepas selesai solat jumaat di akhir era pemerintahannya

Setelah pemberhentian Sultan Abdul Hamid II ramai orang mulai menulis buku berbahasa Inggeris, Arab mahupun Turki, yang memfitnah dan menyerang Sultan Abdul Hamid II. Mereka memfitnah Sultan Abdul Hamid II sebagai orang yang menjadikan Daulah Uthmaniyyah tenggelam semakin dalam dan menampilkan Gerakan Turki Muda sebagai pahlawan.

Dalam buku-buku sejarah yang ditulis oleh kaum sekular, Gerakan Turki Muda ini disebut-sebut sebagai gerakan yg mmbawa perubahan yg terbaik dalam menentang Sultan Abdul Hamid II yang mereka sebut sebagai Kaum Kolot.

Setelah Sultan Abdul Hamid II diberhentikan, tahun 1909 M Sultan Muhammad Risyad menggantikannya sebagai Khalifah Turki Utsmani. Namun pemerintahannya sebenarnya sudah tidak bererti kerana dibawah perintah Gerakan Turki Muda.

Didlam Turki Muda sendiri terjadi perpecahan. Mustafa Kemal akhirnya meninggalkan Turki Muda dan kembali menekuni kemiliteran 10 tahun berikutnya seperti sebelumnya. Hasil usaha keras dan kecerdasannya, ia merengkuh banyak kekuasaan politik. Ia habiskan malam dengan mengadakan perjumpaan rahsia untuk merencanakan pakatan, yang diharapkan menghasilkan kekuasaan mutlak baginya.


*Musuh Islam bersatu mnghancurkn musuh2nya
Demikianlah, walau Mustafa Kemal Ataturk Laknatullah telah mampus , namun geng2  dan kaum kerabatnya masih wujud diseluruh dunia mahupun di Malaysia. Sejarah tentang Mustafa Kemal Ataturk banyak yang disembunyikan dan diputarbelitkan. Mustafa Kemal Ataturk ditulis sebagai seorang pahlawan, dan sebaliknya Khilafah digambarkan dengan suatu gambaran yg teruk. Tugas kita semua meluruskan penyimpangan sejarah ini, agar anak cucu kita tak salah menilai siapa Mustafa Kemal Ataturk ini.
Last skli,mnjadi tugas kita slaku umat Islam untuk mngembalikan smula Khilafah Islamiah yg telah lama hilang.Janganlh mula menuding jari kpd orng lain,tugasnya trletak dibahu semua orng Muslim.Sedarlah wahai muslimin skalian,bangunlah dari tidur anda yang lena!!!Sudah 86 tahun berlalu!!Renung2kn…….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...