I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 21, 2011

YB Dr Hassan Ali mnimbulkan lagi konflik???

"Mustapa Ali Bongkak, Fitnah Saya"



"Hassan Ali TOLAK Negara Berkebajikan?"



Kedua-dua video ini dipost 20/12/2011
Apa yang kita tau,sidang media yg dibuat bnyk mmberi effect antaranya:

  1. Menambahkan lagi parah Pas.
  2. Nasihat Dr Rani Osman selaku Pesuruhjaya Pas Selangor kpd Dr Hassan Ali:"Janganlah mmbuat sidang media dgn media Pro-Kerajaan kerana isu ini mnambahkn parah lagi"..
  3. Sidang media ini langsung x mnylesaikn isu ni kerana seolah2 smua pihak syok dengan sidang media yg menghangatkn lagi isu ni.(Syok bermedia)
  4. Disebabkn isu ni,sdkit fokus Pas telah lari smata2 nk mnyelesaikn isu ni.Fokus PRU-13 mnjadi sdkit kabur.
  5. Ajaklah berbincang dgn smua pihak yang mempunyai kaitan dgn isu ni.
  6. Secara umum,berbincanglah skiranya ada masalah n lontarkn kpd mereka yg berautoriti. 
Apa yang dipelikkan oleh penulis ialah trlibatnya pihak lain yang mmberi komen.Ape citer??

*tiba2 Isma tampil mmberi cadangan

Selain itu,Muslimat Pas tampil mmberikan pndapat..Boleh baca:http://www.malaysiakini.com/news/184663
Tambahan lagi,YB Mahfuz Omar mngatakn bhawa Dr Hassan Ali telah mngisytiharkn perang trhadap Pas brhubung sidang media beliau smalam.Sumber:http://www.malaysiakini.com/news/184690
Last sekali,Nasharudin Mat Isa mngatakn bahawa beliau tiada niat sebesar zarah untuk sertai Umno...boleh baca:http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7156-tiada-niat-sebesar-zarah-untuk-sertai-umno
Allahuakbar!!!

Tuesday, December 20, 2011

Kenyataan terbaru YB Nasharudin Mat Isa

Kenyataan Media
YB Nasharudin Mat Isa


Berikutan beberapa dakwaan, tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan secara langsung oleh beberapa pihak terhadap saya sejak kebelakangan ini menerusi media massa, blog dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter, saya berasa perlu untuk mengeluarkan kenyataan media ringkas sebagai penjelasan.

Sebagai seorang yang terdidik dalam dua dunia dan latar belakang berbeza iaitu bukan agama dan kemudiannya berpindah kepada pengajian Syari’ah dan Perbandingan Undang-Undang, saya menyedari sepenuhnya bahawa pembabitan langsung saya di pentas politik nasional pasti mengundang seribu satu macam cabaran dan dugaan.

Dalam dunia dakwah, kita dididik dengan hakikat bahawa laluan dakwah ini tidak dibentang dengan hamparan permaidani merah, jauh sekali untuk sentiasa direnjis dengan wangian bunga. Saya akur sepenuhnya dengan Tariqud-Dakwah (Jalan Dakwah) yang saya lalui ketika ini telah lebih awal disusuri oleh para anbiya’, sahabat dan ulamak terdahulu daripada kami yang memilih PAS sebagai pentas perjuangan politik dalam konteks sistem demokrasi berparlimen sedia ada di Malaysia.

Dakwaan kononnya saya “terperangkap dalam agenda permainan musuh politik PAS iaitu UMNO" adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas. Sepanjang pembabitan saya dalam PAS yang saya terima sebagai wadah menyampaikan suara Islam kepada umat di Malaysia, belum pernah saya ungkapkan bahawa saya akan menyertai UMNO. Justeru, buat kesekian kalinya saya tegaskan bahawa saya tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai UMNO. Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar.

Saya harap penjelasan ringkas ini memadai dalam mengukur kesetiaan saya terhadap perjuangan PAS. Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah adalah ahli PAS, dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan.

Nasharudin Mat Isa
Kuala Lumpur
21 Disember 2011
sumber lain:http://www.malaysiakini.com/news/184678 n http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7156-tiada-niat-sebesar-zarah-untuk-sertai-umno

Berdamailah n berbincanglah bersama-sama

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh…
Sudah lama x berblog n sedang berusaha keras untuk istiqamah dalam berblog ni.Perasaan tertarik brblog ini apabila timbul pelbagai isu didalam PAS & rmai pengikut2 PAS sndiri yang x tahu akan perkembangan ini. Saya bersangka baik dengan mereka,mungkin mereka terlalu busy memikirkan masalah umat Islam sekarang ni.Allahuakbar!!
Disusun brdasarkn kronologi,sesetengah x disebut tarikh kerana x dijumpai (blogger menulis apa yg tlah difahami)

*Dato Dr Hassan Ali
*Ustaz Nasharudin Mat Isa


Post ni fokus kepada isu hangat Dr Hassan Ali (ADUN Gombak Setia) & Ustaz Nasharudin Mat Isa (bekas Timbalan Presiden PAS)
  • Punca isu:Kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor, YB Saari Sungib yg mengatakan bahawa Dr Hassan Ali tidak mndapat pencalonan peringkat negeri yg menyebabkn beliau tidak tercalon pd PRU 13. Oleh itu, di peringkat kepimpinan negeri, nama Hasan tidak ada dalam senarai calon, tetapi Saari berkata kepimpinan pusat boleh memasukkan namanya dalam senarai kemudian.

Flow pemilihan calon:
Setiap kawasan akan bagi 3 nama  >>> Pas Negeri >>> Majlis Syura Ulama (hanya menetapkn calon yg layak) >>> PAS Pusat (menentukan tempat bertanding)
So, x semestinya nama yg x dicalonkan kawasan shja akan diterima.Keputusan trkhir trletak pada Pas Pusat.

15 Disember 2011
Wawancara wakil harakah dengan Dato Mustafa Ali
Antara isu kandungan:
  1.  Setelah Dr Hassan Ali tamat mnjadi Pesuruhjaya Pas Selangor,beliau dilantik sbgai AJK Perhubungan Pas Selangor. Beliau dari sudut di pusat kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor satu kali pun beliau tidak hadir (mesyuarat).
  2.  Ustaz YB Nasharuddin setelah tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat (Pengerusi Antarabangsa). Tetapi sepanjang masa selepas dilantik hingga kini, tidak ada sekalipun beliau menghadiri mesyuarat AJK PAS Pusat.

Kenyataan SU Agung Pas (Dato Mustafa Ali)
Antara isu-isu yg dibangkitkan oleh Dato Mustafa Ali ialah:
  1. Dr Hassan Ali & Ustaz Nasharudin Mat Isa terperangkap dengan permainan politik UMNO.
  2. Kesalahan Saari Sungib selaku Ketua Penerangan Pas Selangor (antara pengasas Keadilan,mantan JIM,Adun Hulu Kelang) berkaitan pengumuman bahawa Dr Hassan Ali tidak mndapat pencalonan untuk dikekalkn sbgai calon pada PRU 13 nnti.Beliau tiada hak mmbuat apa2 kenyataan.
  3.  Majlis Syura Pas hanya akan mnsyurakan nama2 yg layak untuk mnjdi Calon tnpa mngisi tmpat mereka bertanding.Pas Pusat akan menentukan tempat bertanding oleh calon2 yg tlh disyurakan.
  4. Tiada istilah syura selepas syura.
  5. Jikalau ade masalah,inform dgn baik   Pas prnh kehilangan Yg Dipertuan Agung (Dr Asri kot),pengikut Pas berjuang atas dasar parti,bukan atas dasar individu.(intima' aqidi)
  6.  Mereka patut diselamatkan.


Kenyaataan Mahfuz Omar

"Terpulangkan kepada dia," kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar (gambar) ketika diminta mengulas desas desus bahawa Dr Hasan akan keluar parti.
Sejak beberapa tahun lalu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri sering dikaitkan dengan kumpulan yang menyokong idea kerajaan perpaduan kedua-dua parti Melayu terbesar itu.

Kenyataan YB Nasharudin Mat Isa dlm Berita Harian 15/12 (Muka hadapan)
Dakwaan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bahawa parti semakin lemah dan mengetepikan prinsip Islam demi kepentingan politik menerima kecaman hebat daripada rakan sekutunya.Beliau turut menyindir kenyataan segelintir pemimpin tertinggi PAS yang mengkritik ucapannya.

16 Disember 2011
Kenyataan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man merangkap Ketua Penerangan Pas Pusat:
“Persoalan utama ialah apakah muncung senjata itu dihadapkan kepada musuh, bukan kepada rakan sepasukan apatah lagi kepada diri sendiri. Perjuangan ini jauh dan mempunyai banyak halangan sebagaimana dinyatakan oleh Allah”.(hanya main point)
link:http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-penerangan/7089-kepada-siapa-hala-muncung-senjatamu



20 Disember 2011
Kenyataan Dr Hassan Ali.
Antara main point:
1.       Menyifatkan kenyataan Mustafa Ali minggu lalu itu sebagai "sombong".
2.       Menggesa PAS agar mengenakan tindakan disiplin terhadap ketua penerangan PAS Selangor, Saari Sungib, yang mendedahkan beliau (Hasan) tidak cukup pencalonan untuk mempertahankan kerusinya, Gombak Setia.
Kenyataan YB Khalid Samad (Parlimen Shah Alam):
“Masih ada sinar harapan untuk pemimpin kontroversi PAS Datuk Dr Hasan Ali dalam masa depan politiknya”, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad.







Kenyataan Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz brkaitan:

1.       Menolak kartun Drnots dalam Harakah cetak terbaru yang menghina kekanda saya, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa.
2.       Mengkritik kenyataan Dato Mustafa Ali terhadap Nasharudin dan bekas pesuruhajaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali sebelum ini

konflik kartun dalam Harakah


Kenyataan media oleh YB Dr Abd Rani bin Osman selaku Pesuruhjaya Pas Selangor.Antara intipatinya:
  1. X sepatutnya Saari Sungib mngeluarkan statement ini.Beliau tiada hak.
  2. Keputusan yg muktamad adalah dri Pas Pusat,bkn Negeri @ kawasan.
  3. Dr Hassan Ali & Ustaz Nasharudin x spatutnya pelik dgn statement Saari Sungib.
  4. Tiada pihak ingin mnghalang kemaraan Dr Hassan Ali.
  5. X ramai orang Pas yg memberi kritikan mmbina untk kemajuan Pas.
  6. Ramai pimpinan Pas sblm ni keluar parti ttpi itu x mmberi effect kpd Pas.(intima' aqidi)
  7. Muhasabah diri.
  8. Berbincang bersama-sama mereka.
  9. Isu ni hanya akan melemahkan Pas.
  10. Flashback kisah Khalid Al-Walid yg diturun pangkat oleh Saidina Umar.Langsung x mmberi effect dgn gerak kerja beliau.
  11. Mngharapkn semoga mereka x bertemu dgn media Pro-UMNO untuk mngulas isu ini.


Muhasabah untuk Abnaul Harakah (pndpat individu):
  1. Jangan sesekali mngeluarkan pandangan sebelum Pimpinan mmbuat keputusan.
  2. Pertelingkahan parti hanya melemahkn parti dan memecahbelahkn ahli-ahli dan mmberi kekuatan kpada lawan.
  3. Tidak semua perkara perlu disebarkan kepada umum.Cth:Masalah dalaman
  4. Apa-apa masalah mestilah dibawa berbincang (meeting bersama mncari jalan penyelesaian).
  5. Tiadalah istilah pndapat aku yg tidak dterima dalam syura tu adalah betul selepas keputusan Syura dimuktamadkn. No more Syura after Syura.
  6.  Sebarang permasalahan mestilah disalurkan dengan cara yang betul.
  7.  Sentiasalah berdoa untuk kita terus thabat dlam perjuangan yg penuh dgn onak duri ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...