I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, October 1, 2011

Ya Allah,bantulah kami!!!


Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran kepada Allah atas rezekiNya yang melimpah-limpah untuk hambaNya. Malam Jumaat bertarikh 30 September menjadi sejarah bagi mahasiswa UIAM apabila kehadiran lebih kurang 4000 ke majlis kuliah Ustaz Azhar Idrus mendapat sambutan yang hangat. Fenomena Ustaz Azhar Idrus telah menarik Persatuan Mahasiswa Terengganu untuk merisik beliau sejak bulan Februari yang lepas lagi.
Dengan kerjasama kelab yang giat dalam aktiviti dakwah, Ma'ruf Club, program ini diluluskan oleh pihak pentadbiran UIAM pada awal semester ini. Masjid SHAS UIAM bakal menjadi sasaran mahasiswa bahkan seluruh masyarakat dan peminat Ustaz Azhar Idrus daripada seluruh negara. Promosi digiatkan di masjid-masjid sekitar Gombak menghebahkan kedatangan seorang ulama terkenal ke Masjid UIAM.
Sehari sebelum program, pihak Ma'ruf Club dikejutkan dengan penarikan balik kelulusan tempat program iaitu Masjid SHAS yang boleh memuatkan 6,000 orang. Dalam masa berbaki, pihak pentadbiran UIAM cuba membantu dan hanya meluluskan tempat di Experimental Hall yang mampu memuatkan seramai 300 orang. Berita tersebar dengan cepat di alam maya Facebook menyebabkan mahasiswa mula tidak berpuas hati.
Bagi kami Pro-Mahasiswa (WUFI), perkara sebegini seolah-olah telah menjatuhkan institusi masjid sendiri apabila menyekat seorang pendakwah profesional untuk berada di masjid menyampaikan kuliahnya. Namun, mahasiswa perlu berhati-hati dalam menghukum dan meletakkan pendirian.
Beberapa jam sebelum program, dikhabarkan pimpinan Ma'ruf Club melalui Presiden, saudara Mohd Eikhwan Ali dengan kerjasama Exco MPP, saudara Fitry Hussin telah cuba berusaha untuk berjumpa dengan Puan Rektor bagi memohon rayuan supaya dibenarkan berkuliah di masjid. Namun, Puan Rektor tiada di pejabat.
UIAM tidak bersalah. Pentadbiran UIAM tidak bersalah. Pihak masjid juga tidak bersalah. Mereka ditekan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kami mendapat maklumat daripada urusetia program yang berjumpa dengan Direktor Masjid, bahawa beliau telah mendapat panggilan telefon daripada 'kuasa' lain supaya tidak membenarkan program Ma'ruf Club ini dijalankan di masjid. Penangkapan akan dibuat oleh 'SB' jika program tersebut diteruskan juga di masjid.
Justeru, pendirian kami Pro-Mahasiswa (WUFI) berkenaan dengan peristiwa ini adalah seperti berikut:
1. Mahasiswa jangan cepat menghukum khususnya terhadap pihak Rektor UIAM dan Direktor Masjid SHAS kerana mereka telah ditekan oleh 'tangan jahat', kami mendoakan agar pihak UIAM diberikan pertolongan untuk berhadapan dengan mereka.
2. Campur tangan politik 'tangan jahat' telah merencatkan Insitusi Pendidikan Tinggi (IPT) khususnya di universiti awam sebagai pusat intelektual, perbuatan ini telah memakan diri mereka sendiri
3. Mereka juga perlu waspada kerana mengkhianati ulama adalah mengkhianati pewaris Rasulullah (selawat dan salam ke atasnya) selaras dengan sabda Rasulullah (selawat dan salam ke atasnya), "Ulama adalah pewaris Anbiya"
4. Kerajaan 'tangan jahat' ini mesti faham, mereka boleh menyekat masjid, mereka boleh mengganggu program, mereka juga boleh menangkap sesiapa sahaja tetapi mereka tidak boleh menghalang idealism anak muda yang lebih intelek
5. Mahasiswa bersedia menghadapi PRU-13
Justeru, saya mewakili Pro-Mahasiswa (WUFI) mengajak seluruh rakan mahasiswa untuk bersatu dalam isu ini menyahut seruan Allah dalam Al-Quran yang bermaksud, "Bertolong-tolonglah dalam perkara kebaikan dan Taqwa". Kami menyokong penuh usaha pihak Ma'ruf Club yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada One Heart Creative Solution yang sudi menaja program Kuliah Ustaz Azhar Idrus.
"We Unite For Islam"
Muhammad Hafizuddin MN
Pengerusi Pro-Mahasiswa (WUFI) UIAM
-Semoga Allah mmberi hidayah kpd 'tangan jahat' tu & cpat2 brtaubat...

Tuesday, July 26, 2011

Pengalaman mnyertai Gotong-Royong Ke-BERSIH-an Peringkat Antarabangsa..(part 1)



Assalamualaikum shbat smua...
Dh lama x brblog, tngan pn rasa kaku nk menaip..
Ape2 pn ade cerita untk dikongsi bersama & mungkin ianya brmanfaat Insyaallah..
Ceritanya ialah brkaitn dgn Gotong Royong KeBERSIHan Peringkat Antarabangsa...Bagi sape2 yg cakna dgn isu semasa @ keadaan sekeliling,dia akan tahu psl gotong royong ni yg dlancarkn srentak diseluruh dunia sperti di Kaherah Mesir, New York, London, Geneva Swiss, Osaka, Paris, Taipei, Hong Kong, Perth & yg swktu dgnnya...Hah,penat dh menaip!!

Ape pn aku rasa amat brbangga dpt join prgram pringkat antarabangsa ni la,bkn mdah satu program akn dijalankn serentak pringkat antrabangsa..Kalaulh ade sijil pnyertaan kn best!!
Sebenarnya gotong-royong ni dijalankn brdasarkn misinya iaitu:
1. Bersihkan senarai undi.
2. Mereformasikan undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal.
4. Masa kempen minima 21 hari.
5. Akses media yang bebas dan adil.
6. Kukuhkan institusi awam.
7. Hentikan rasuah.
8. Hentikan politik kotor.
Konklusinya: Menuntut Pilihan Raya yg adil..
Kadang2 trasa mcm berada di negara Komunis plk,rkyat nk wat gotong royong pn bantahan dri kerajaan...Mmang pelik bin hairan la..Apa yg aku faham pasal negara demokrasi ni ialah negara yg rakyat bebas bersuara n memilih pemimpin diorang & mcm2 lgi la.Apa yg aku nampak skrang ni lain dh,bkn lagi demokrasi ttpi DEMO-KASI..Apakah yg dmksudkn dgn Demo-Kasi??



*say YES to Democracy,say NO to Demo-kasi..
Demo-Kasi ni prkataan yg xdok dlm kamus Dewan Bahasa n Pustaka,jdi korng smua x perlu la nk explore yek..Demo ni brmksud kamu & kasi ni brmkna beri.Dalam konteks skrng ni,ape2 shja yg dimahukan oleh pihak2 trtentu diorng blh bagi apa shja kpd pihak yg ke-2 dgn syarat tujuan n hasrat diorng trcapai.Nk elaborate skit ni,cntohnya seorng Ketua JKKK nk trs mnjdi ketua maka dia pun bagi la duit kt pengundi2 n Pengerusi PilihanRaya skli...Demo kasi je gapo2 kt kawe,kawe blh kasi gapo2 yg demo nok!!Itulah yg dimksudkn dgn Demo-Kasi..Rasanya itu la wabak yg brlaku kt Malaysia ni..Jom,selamatkn Malaysia!!Kuasa ditngan anda!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...