Kedua-dua video ini dipost 20/12/2011
Apa yang kita tau,sidang media yg dibuat bnyk mmberi effect antaranya:
Menambahkan lagi parah Pas.
Nasihat Dr Rani Osman selaku Pesuruhjaya Pas Selangor kpd Dr Hassan Ali:"Janganlah mmbuat sidang media dgn media Pro-Kerajaan kerana isu ini mnambahkn parah lagi"..
Sidang media ini langsung x mnylesaikn isu ni kerana seolah2 smua pihak syok dengan sidang media yg menghangatkn lagi isu ni.(Syok bermedia)
Disebabkn isu ni,sdkit fokus Pas telah lari smata2 nk mnyelesaikn isu ni.Fokus PRU-13 mnjadi sdkit kabur.
Ajaklah berbincang dgn smua pihak yang mempunyai kaitan dgn isu ni.
Secara umum,berbincanglah skiranya ada masalah n lontarkn kpd mereka yg berautoriti.
Apa yang dipelikkan oleh penulis ialah trlibatnya pihak lain yang mmberi komen.Ape citer??
Berikutan beberapa dakwaan, tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan secara langsung oleh beberapa pihak terhadap saya sejak kebelakangan ini menerusi media massa, blog dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter, saya berasa perlu untuk mengeluarkan kenyataan media ringkas sebagai penjelasan.
Sebagai seorang yang terdidik dalam dua dunia dan latar belakang berbeza iaitu bukan agama dan kemudiannya berpindah kepada pengajian Syari’ah dan Perbandingan Undang-Undang, saya menyedari sepenuhnya bahawa pembabitan langsung saya di pentas politik nasional pasti mengundang seribu satu macam cabaran dan dugaan.
Dalam dunia dakwah, kita dididik dengan hakikat bahawa laluan dakwah ini tidak dibentang dengan hamparan permaidani merah, jauh sekali untuk sentiasa direnjis dengan wangian bunga. Saya akur sepenuhnya dengan Tariqud-Dakwah (Jalan Dakwah) yang saya lalui ketika ini telah lebih awal disusuri oleh para anbiya’, sahabat dan ulamak terdahulu daripada kami yang memilih PAS sebagai pentas perjuangan politik dalam konteks sistem demokrasi berparlimen sedia ada di Malaysia.
Dakwaan kononnya saya “terperangkap dalam agenda permainan musuh politik PAS iaitu UMNO" adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas. Sepanjang pembabitan saya dalam PAS yang saya terima sebagai wadah menyampaikan suara Islam kepada umat di Malaysia, belum pernah saya ungkapkan bahawa saya akan menyertai UMNO. Justeru, buat kesekian kalinya saya tegaskan bahawa saya tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai UMNO. Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar.
Saya harap penjelasan ringkas ini memadai dalam mengukur kesetiaan saya terhadap perjuangan PAS. Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah adalah ahli PAS, dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan.
Sudah lama x berblog n sedang berusaha keras untuk istiqamah dalam berblog ni.Perasaan tertarik brblog ini apabila timbul pelbagai isu didalam PAS & rmai pengikut2 PAS sndiri yang x tahu akan perkembangan ini. Saya bersangka baik dengan mereka,mungkin mereka terlalu busy memikirkan masalah umat Islam sekarang ni.Allahuakbar!!
Disusun brdasarkn kronologi,sesetengah x disebut tarikh kerana x dijumpai (blogger menulis apa yg tlah difahami)
*Dato Dr Hassan Ali
*Ustaz Nasharudin Mat Isa
Post ni fokus kepada isu hangat Dr Hassan Ali (ADUN Gombak Setia) & Ustaz Nasharudin Mat Isa (bekas Timbalan Presiden PAS)
Punca isu:Kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor, YB Saari Sungib yg mengatakan bahawa Dr Hassan Ali tidak mndapat pencalonan peringkat negeri yg menyebabkn beliau tidak tercalon pd PRU 13.Oleh itu, di peringkat kepimpinan negeri, nama Hasan tidak ada dalam senarai calon, tetapi Saari berkata kepimpinan pusat boleh memasukkan namanya dalam senarai kemudian.
Flow pemilihan calon:
Setiap kawasan akan bagi 3 nama >>> Pas Negeri >>> Majlis Syura Ulama (hanya menetapkn calon yg layak) >>> PAS Pusat (menentukan tempat bertanding)
So, x semestinya nama yg x dicalonkan kawasan shja akan diterima.Keputusan trkhir trletak pada Pas Pusat.
15 Disember 2011
Wawancara wakil harakah dengan Dato Mustafa Ali
Antara isu kandungan:
Setelah Dr Hassan Ali tamat mnjadi Pesuruhjaya Pas Selangor,beliau dilantik sbgai AJK Perhubungan Pas Selangor. Beliau dari sudut di pusat kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor satu kali pun beliau tidak hadir (mesyuarat).
Ustaz YB Nasharuddin setelah tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat (Pengerusi Antarabangsa). Tetapi sepanjang masa selepas dilantik hingga kini, tidak ada sekalipun beliau menghadiri mesyuarat AJK PAS Pusat.
Antara isu-isu yg dibangkitkan oleh Dato Mustafa Ali ialah:
Dr Hassan Ali & Ustaz Nasharudin Mat Isa terperangkap dengan permainan politik UMNO.
Kesalahan Saari Sungib selaku Ketua Penerangan Pas Selangor (antara pengasas Keadilan,mantan JIM,Adun Hulu Kelang) berkaitan pengumuman bahawa Dr Hassan Ali tidak mndapat pencalonan untuk dikekalkn sbgai calon pada PRU 13 nnti.Beliau tiada hak mmbuat apa2 kenyataan.
Majlis Syura Pas hanya akan mnsyurakan nama2 yg layak untuk mnjdi Calon tnpa mngisi tmpat mereka bertanding.Pas Pusat akan menentukan tempat bertanding oleh calon2 yg tlh disyurakan.
Tiada istilah syura selepas syura.
Jikalau ade masalah,inform dgn baikPas prnh kehilangan Yg Dipertuan Agung (Dr Asri kot),pengikut Pas berjuang atas dasar parti,bukan atas dasar individu.(intima' aqidi)
"Terpulangkan kepada dia," kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar (gambar) ketika diminta mengulas desas desus bahawa Dr Hasan akan keluar parti.
Sejak beberapa tahun lalu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri sering dikaitkan dengan kumpulan yang menyokong idea kerajaan perpaduan kedua-dua parti Melayu terbesar itu.
Kenyataan YB Nasharudin Mat Isa dlm Berita Harian 15/12 (Muka hadapan)
Dakwaan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bahawa parti semakin lemah dan mengetepikan prinsip Islam demi kepentingan politik menerima kecaman hebat daripada rakan sekutunya.Beliau turut menyindir kenyataan segelintir pemimpin tertinggi PAS yang mengkritik ucapannya.
16 Disember 2011
Kenyataan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man merangkap Ketua Penerangan Pas Pusat:
“Persoalan utama ialah apakah muncung senjata itu dihadapkan kepada musuh, bukan kepada rakan sepasukan apatah lagi kepada diri sendiri. Perjuangan ini jauh dan mempunyai banyak halangan sebagaimana dinyatakan oleh Allah”.(hanya main point)
link:http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-penerangan/7089-kepada-siapa-hala-muncung-senjatamu
20 Disember 2011
Kenyataan Dr Hassan Ali.
Antara main point:
1.Menyifatkan kenyataan Mustafa Ali minggu lalu itu sebagai "sombong".
2.Menggesa PAS agar mengenakan tindakan disiplin terhadap ketua penerangan PAS Selangor, Saari Sungib, yang mendedahkan beliau (Hasan) tidak cukup pencalonan untuk mempertahankan kerusinya, Gombak Setia.
“Masih ada sinar harapan untuk pemimpin kontroversi PAS Datuk Dr Hasan Ali dalam masa depan politiknya”, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad.